CUKAI PENDAPATAN / INCOME TAX
- Penyediaan Akaun, Untung Rugi dan pengiraan cukai perniagaan untuk difailkan ke Lembaga Hasil Dalam Negeri
- Perundingan proses dan penyelesaian Audit Cukai
- Pematuhan Cukai Pendapatan – Borang E Majikan, Ansuran CP204, Potongan Cukai Pendapatan PCB
- Nasihat dan perangcangan cukai pendapatan
PERSEDIAAN CUKAI ENTERPRISE
1. BORANG B, BE
Tuan / Puan diminta hadir atau menghubungi pihak kami mulai bulan Januari sehingga 30 April serta bawa bersama maklumat perniagaan / dokumen seperti berikut bagi tahun sebelumnya (MANA YANG BERKAITAN) :
- Invois Pendapatan & Belian,
- Inden Kerja;
- Resit Perbelanjaan;
- Buku Gaji, Penyata Bank / Pinjaman;
- Resit Salinan Zakat;
- Penyata / Statement / Resit Asal Insuran;
- Penyata Gaji Suami / Isteri EA / EC.
Tarikh AKHIR hantar: Borang BE – 30 April Borang B – 30 Jun
Denda Lewat – 20% daripada cukai pendapatan.
2. BAYARAN ANSURAN CUKAI CP 500
Tuan / Puan yang menerima Ansuran Cukai CP 500 mestilah membayar ansuran pertama sebelum bulan Mac. Sebarang pindaan mestilah di buat sebelum bulan April.
Denda Lewat – 10%
3. BORANG E (MAJIKAN)
Tuan / Puan yang mempunyai Borang E perlu menghantar Buku Gaji Pekerja kepada kami sebelum bulan Mac.
Denda Lewat – RM 300.00
4. ZAKAT
Sila bayar Zakat SEBELUM 31 DISEMBER untuk menuntut pelepasan.
5.GST ( GOODS & SERVICE TAX )
Sila daftar GST bagi mengelakkan tuan / puan dikenakan denda lewat
Maksima RM 20,000.00 ( Wajib mendaftar bagi Pendapatan Melebihi RM 500,000.00 setahun )
6.YURAN PERAKAUNAN
Lembaga Hasil akan menyemak akaun dan dokumen dengan teliti ketika AUDIT LUAR. Oleh itu kadar yuran terbaru akan ditetapkan bagi menyediakan akaun terperinci.
AMARAN Sila pastikan segala dokumen seperti invois jualan, belian, segala bil-bil perbelanjaan ADA dan untuk PERNIAGAAN sahaja bagi mengelakkan tuan/ puan di denda oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ketika lawatan AUDIT CUKAI.
TEMPOH-TEMPOH CUKAI PENDAPATAN
Borang & Penyata | Tarikh Akhir | Denda Lewat |
Zakat | 31 Disember | |
Borang E Majikan | 31 Mac | RM 300 |
Ansuran Cukai SEK.107B | 30hb - Bulan 3, 5, 7, 9, 11 & 1 | Min 10% |
Borang BE - Penggajian | 30 April | Min RM50, 5-20% |
Borang B - Perniagaan | 30 Jun | Min RM200, 10% |
Potongan Cukai Berjadual PCB
(Pengarah, Pekerja bergaji minima RM3,000 sebulan) | 15 hb Setiap Bulan | |
Untuk Syarikat Sdn. Bhd. | | |
Anggaran Cukai CP 204 | 1 Bulan Sebelum Mula Tahun Kewangan | RM300 - RM1,000 |
Ansuran Cukai SEK.107C | 15hb Setiap Bulan | Min 10% |
Borang C | Bulan Ke-7 Selepas Tarikh Tutup Akaun | 15% |
Laporan Tahunan SSM | Bulan Ke-6 Selepas Tarikh Tutup Akaun | Min RM1,000 |